JERANTUT, Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang (MASISUPA) kali ke-35

telah melabuhkan tirainya pada 26 Mac 2019 yang lalu. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini telah menyaksikan kontijen Zon 2 yang diwakili oleh SMA Al-Ihsan, Ma'ahad SAS Jengka, SMA Maran dan SMA Pulau Tawar telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN untuk temasya kali ini. Lebih manis lagi Zon 2 turut muncul Juara Keseluruhan bagi acara Sukan.
    Manakala Zon 1 yang dianggotai oleh Kulliah Sultan Abu Bakar, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Al-Attas, SMA Rompin, SMA Bukit Ibam, SMAR Ganchong dan SMAR Al-Irsyad telah muncul sebagai Juara Keseluruhan bagi kategori Ilmiah. MASISUPA kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang yang turut berkenan merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
    Bagi edisi kali ke-36 tahun 2020, SMA Chenor telah dipilih sebagai tuan rumah.

 

Majlis perasmian penutupan MASISUPA kali Ke-35 ini mencatat sejarah tersendiri apabila dihadiri oleh skuad Liga Super Pahang. Kejutan yang dibawa oleh pihak penganjur ternyata berjaya menyuntik kemeriahan pada majlis tersebut. Hampir keseluruhan pemain Pahang FA yang lebih dikenali sebagai Skuad Tok Gajah yang diketuai oleh ketua jurulatih mereka iaitu Dollah Salleh hadir ke majlis ini.
  Pelajar dan peminat pasukan Tok Gajah tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan dengan pemain-pemain kesayangan mereka. 

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!