26 Jun 2019M bersamaan 22 Syawal 1440H bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong. Jabatan ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Saguhati Kepada Jemaah Haji Pengkhidmat Sukarela Negeri Pahang bagi  Tahun 1440H/ 2019M.

Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan peruntukan khas bagi sumbangan saguhati kepada semua pengkhidmat sukarela yang telah terpilih menunaikan haji pada setiap tahun. Pengkhidmat sukarela yang layak memohon bantuan ini termasuklah semua ahli jawatankuasa masjid, imam, bilal, siak, ketua kampung, guru agama, tok mudim, golongan fakir dan lain-lain kategori yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pemberian Saguhati kepada Jemaah Haji pengkhidmat sukarela Negeri Pahang Darul Makmur.

Pada tahun ini, seramai 42 orang dari seluruh Negeri Pahang telah menerima sumbangan tersebut. Penyampaian Saguhati telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad.

Tahniah diucapkan kepada semua bakal tetamu Agung ini. Semoga dipermudahkan urusan haji, diberi kesihatan yang baik serta mendapat  haji yang mabrur di sisi Allah SWT.

PENGUMUMAN

  

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM 2019.
TARIKH: 29-30 JUN 2019 TEMPAT: DEWAN AS SAKINAH, PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN MASA: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG YURAN: RM 80.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan   

Borang-borang untuk berkahwin : Borang Perkahwinan   

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

FB JAIP
facebook
Web SMAN
SMAN JAIP
Mohnikoh(KTN sahaja)
Kebenaran Nikah Online
SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Video
Tunggu Sekejak Ustaz Nak Cakak
Insta
Dakwah
Peta Masjid
Mygdispatial
Our website is protected by DMC Firewall!