Bentong - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang dengankerjasama Persatuan Pengusaha Resort Janda Baik Bentong buat julung kalinya telah menjayakan Kursus Pensijilan Halal Malaysia pada 25 Julai 2019.

Kursus tersebut dirancang khusus oleh Bahagian Pengurusan Halal bagi tujuan membantu pengusaha resort di kawasan pelancongan Janda Baik memohon sijil halal.

Kursus tersebut telah dilaksanakan di AlSakinah Resort, Janda Baik, di mana seramai 40 peserta yg mewakili Resort dan Chalet yang beroperasi di Janda Baik telah hadir. Turut hadir menyertai kursus adalah Dato' Rosmah binti Ibrahim, Pengerusi Persatuan Pengusaha Resort Janda Baik.

Sepanjang kursus tersebut para peserta telah diberi informasi berkaitan kepentingan pensijilan halal, Standard Halal, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, Akta Perihal Dagangan 2011 serta Manual Sistem My e-Halal. Pihak JAIP menerima maklumbalas yang sangat menggalakkan daripada para peserta yang hadir.

Kalaborasi ini bakal diteruskan lagi dengan pelaksanaan Bengkel Latihan Sistem e-Halal yang akan diadakan di dalam waktu terdekat, di mana pengusaha akan dibantu melengkapkan permohonan halal melalui sistem my e-halal.

Bahagian Pengurusan Halal, JAIP akan terus komited menjalinkan kalaborasi dengan pelbagai agensi bagi membantu dan memudahkan usahawan memohon Sijil Halal Malaysia.

PENGUMUMAN

  

Permohonan atas talian kemasukan tingkatan satu tahun 2020 bagi sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang.
(Tarikh Permohonan : 20 - 30 November 2019)
Layari laman web:- https://esma.pahang.gov.my   

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

FB JAIP
facebook
eMunakahat
Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang
Web SMAN
SMAN JAIP
SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Video
Tunggu Sekejak Ustaz Nak Cakak
Insta
Dakwah
Peta Masjid
Mygdispatial
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd