KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG TENGKU MAHKOTA TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH BERKENAN MENCEMAR DULI KE MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 1441H/2019

 1 September 2019 - Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan- KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan mencemar Duli Ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 1441 Hirah/2019Masihi.  

Tokoh Maal Hijrah bagi tahun ini telah dinobatkan kepada Yang Hormat Dato’ Haji Muhammad bin Haji Abdullah yang berasal dari Kampung Pesagi, Chenor, Maran, Pahang. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pahang. Di peringkat persekutuan pula, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Speaker di Dewan Rakyat Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999. Beliau telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 daripada Kerajaan Negeri Pahang beserta kalung dan sijil penghargaan. Selain itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan mengurniakan lima anugerah lain iaitu  Anugerah Mubaligh Saudara Baru Kepada Md Zahar Bin A.Karim, Anugerah Perkampungan Orang Asli Islam Kepada Kampung Orang Asli Leryar, Pos Menson, Cameron Highlands, Anugerah Inovasi Kakitangan (Kerajaan Swasta,NGO,Badan Berkanun, IPTA/IPTS) Kepada Dr. Mahyuddin Bin Ismail Dan Anugerah Inovasi Jabatan (Kerajaan /Swasta/NGO/Badan Berkanun/IPTA/ IPTS) Kepada Dapur Infaq Ummah.

 Majlis diserikan dengan persembahan Nasyid oleh kumpulan Inteam dan Kumpulan selawat Ribath Baalawi dari pelajar Maahad Tahfiz Ribath Baalawi Kampung Kuala Tekal, Kuala  Krau, Temerloh Pahang. Turut diadakan Ceramah agama yang telah disampaikan oleh al fadhil Ustaz Muhammad Awis Qarni bin Abdul Wahab, Pengetua Pusat pengajian Islam Ribat Al-Mustafa Sungai karang Pantai.

PENGUMUMAN

  

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM 2019.
TARIKH: 29-30 JUN 2019 TEMPAT: DEWAN AS SAKINAH, PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN MASA: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG YURAN: RM 80.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan   

Borang-borang untuk berkahwin : Borang Perkahwinan   

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

FB JAIP
facebook
Web SMAN
SMAN JAIP
Mohnikoh(KTN sahaja)
Kebenaran Nikah Online
SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Video
Tunggu Sekejak Ustaz Nak Cakak
Insta
Dakwah
Peta Masjid
Mygdispatial
DMC Firewall is a Joomla Security extension!