10 september 2019 / 11 Safar 1441H-Kuantan- Jabatan ini bersama PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang telah mengadakan Program Bual Bicara Syariah (Klinik Faraid) Wanita Bidadari Syurga 1441H/2019M.

Program yang menghimpunkan 500 orang peserta wanita dari pelbagai agensi dan persatuan dari seluruh Negeri Pahang telah diadakan di Auditorium Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, (KUIPSAS), Kuantan. Para peserta telah didedahkan berkaitan ilmu faraid serta pengurusan harta pusaka khususnya di Negeri Pahang bermula jam 9:00 pagi sehingga 4:30 petang.

Ceramah yang bertajuk Teori ilmu faraid telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Nik Abdul Rahman bin Nik Mustapha Pegawai Shariah Bank Al-Rajhi, manakala pada sebelah petang pula Forum bertajuk “ Realiti isu-isu pusaka di Negeri Pahang” telah disampaikan oleh 3 orang ahli panel iaitu, YBhg tuan Shabuddin bin Yaacob, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian Pusaka Negeri Pahang, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan  Galian Persekutuan Negeri Pahang (JKPTG), Tuan Muhammad  Azhari  bin Abd   Rahman, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan serta Puan Siti Nurul Hidayah binti haji Ishak, Peguam Syarie / Peguam Sivil.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Kamariah binti Mohamad ,Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang. Turut Hadir  YBhg Datin Sri Dato’ Borhah binti Mohamed,Isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang

PENGUMUMAN

  

Permohonan atas talian kemasukan tingkatan satu tahun 2020 bagi sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang.
(Tarikh Permohonan : 20 - 30 November 2019)
Layari laman web:- https://esma.pahang.gov.my   

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

FB JAIP
facebook
eMunakahat
Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang
Web SMAN
SMAN JAIP
SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Video
Tunggu Sekejak Ustaz Nak Cakak
Insta
Dakwah
Peta Masjid
Mygdispatial
DMC Firewall is a Joomla Security extension!