31 Oktober 2019. Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1441H/ 2019M telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 29 Oktober bertempat di Hotel Grand Darul Makmur.  

Keseluruhan Peserta pada tahun ini adalah seramai 44 orang yang terdiri daripada 30 orang al-Hafiz dan 14 orang al-Hafizah dari  21 buah maahad tahfiz di seluruh negeri Pahang dan selebihnya merupakan peserta secara persendirian. 

Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh YB. Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Wakil Rasmi Menteri Besar Pahang. 

Keputusan Majlis Menghafaz al-Quran pada tahun ini adalah seperti berikut:

 

KATEGORI 1-10 JUZUK 

  1. LELAKI 

Tempat Pertama : Salman bin Zulkifle ( Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)

Tempat Kedua : Isa Dzarif bin Arif Bustami (MTNP)

Tempat Ketiga : Muhammad Wildan bin Muhammad Athar ( persendirian)

 

  1. PEREMPUAN 

Tempat Pertama : Siti Nur Syamira Aqilah bt Zailan ( MTNP)

Tempat Kedua : Nur Syafiqah bt Kamaruzaman (MTNP)

Tempat Ketiga : Sofiyyah bt Agus (Calon persendirian)

 

KATEGORI 1-20 JUZUK 

  1. LELAKI 

Tempat Pertama : Muhammad Amiruddin bin Che Nordin (MTNP)

Tempat Kedua : Muhd Syafi bin Rusli (Smart Tahfiz Academy)

Tempat Ketiga : Umar Faruqy bin Najimuddin ( Calon Persendirian)

 

  1. PEREMPUAN 

Tempat Pertama : Nurul Najwa bt Zahari ( Pondok Kg Senggora, Maran)

Tempat Kedua : Raudhatun Najah bt Rashidi (Calon persendirian)

Tempat Ketiga : Nur Hidayatul Najwa bt Hisham (Calon persendirian)

  

KATEGORI 1-30 JUZUK 

  1. LELAKI

 Tempat Pertama : Ahmad Roiyan bin Shaikhudin( Calon Persendirian)

Tempat Kedua : Tasnim Firdaus bin Sahari  (MTNP)

Tempat Ketiga : Muhammad Faiz bin Ahmad Arifin (Mabiq Pantai Sepat)

 

  1. PEREMPUAN 

Tempat Pertama :  Raina bt Ramli ( MTNP)

Tempat Kedua :  Nur Alya Farhani bt Mohd Ghazali (Calon persendirian)

  

Para pemenang akan mewakili Negeri Pahang ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 14-21 februari 2020 bertempat di Kota Kinabalu Sabah. Majlis yang diadakan diharapkan mampu memberi inspirasi serta galakan kepada kita untuk memartabatkan al-Quran dalam kehidupan seharian.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd