3000 ORANG MEMBANJIRI DEWAN  SUKPA BAGI MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 1441H/2019M

9 November 2019- Kuantan- Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 1441H/2019M telah diadakan di Dewan tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota. Majlis ini telah dihadiri hampir 3000 orang dari seluruh Negeri Pahang. Majlis yang bertemakan “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” telah dirasmikan oleh YAM Tengku Panglima Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, wakil rasmi Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang.

Seramai 3 orang telah menerima Anugerah bersempena majlis tersebut iaitu dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Mantan Rektor KUIPSAS, Dato Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang serta Tuan Haji Idris bin Omar.

Acara tahunan negeri ini turut diserikan dengan persembahan qasidah dari Pusat Pengajian Tahfiz Ribat al-Mustafa, Kuantan dan Kumpulan Nasyid terkenal tanah air iaitu kumpulan Rabbani. Ceramah sambutan Maulidur rasul telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid dan tausiah pula disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Zuridan bin Mohd Daud al-Teminie. Solat Magrib dan isyak telah dipimpin oleh Dato’ Haji Ahmad Faizul bin Haji Ghazali al-Hafiz.

Selain itu, Majlis tersebut turut diserikan dengan perarakan sepanduk dari pelbagai agensi yang telah dibahagikan kepada 3 kategori. Pemenang bagi pertandingan perarakan sepanduk bagi tahun 1441H/2019 adalah seperti berikut:

KATEGORI JABATAN KERAJAAN

Tempat pertama                   :           Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

Tempat kedua                       :           PLAN Malaysia @ Pahang

Tempat ketiga                       :           Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

 

KATEGORI JABATAN SWASTA/BADAN BERKANUN & NGO

Tempat pertama                   :           Pusat Kutipan Zakat

Tempat kedua                       :           Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tempat ketiga                       :           Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

 

KATEGORI JABATAN IPTA/ IPTS/ SEKOLAH

Tempat pertama                   :           Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Tempat Kedua                      :           Ma’ahad Tahfiz Negeri Pahang

Tempat ketiga                       :           Pergerakan Puteri Islam, SMA Al-Ihsan

 

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian, semangat dan daya juang serta akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan penghayatan itu, akan mengukuhkan lagi kesatuan dan kekuatan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran seterusnya memartabatkan lagi kejayaan umat Islam ke mercu kegemilangan.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!