20 November 2019. Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang telah melaksanakan Pameran Kesedaran Halal sempena Program Pemurnian Syariah & Aqidah Peringkat Daerah Jengka Tahun 2019 di Masjid Felda Jengka 10.
Orang ramai dan tetamu yang berkunjung ke Booth Halal telah diberi maklumat ringkas berkaitan kepentingan halal, Pensijilan Halal Malaysia serta isu-isu semasa berkaitan halal. Orang ramai juga bebas bertanayakan soalan menegenai isu halal semasa negeri Pahang.
Moga dengan adanya pameran kesedaran ini akan memberi manfaat kepada tetamu dan orang ramai yang telah hadir berkunjung ke Booth Halal.