7 Disember 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Raub telah melaksanakan kempen kesedaran halal kepada pengunjung Pasaraya TF Raub pada hari Sabtu, 7 Disember 2019.

Kempen promosi ini bertujuan berkongsi info dan maklumat bersama para pengunjung dan orang ramai berkenaan kepentingan halal dan logo halal Badan Badan Islam yang diiktiraf.

Selain itu, para pengunjung diberi panduan ringkas untuk memilih produk makanan, barangan gunaan serta premis makanan yang telah disahkan halal dan mempunyai sijil halal yang sah.

 

Pihak BPH JAIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Pasaraya TF Raub yang memberi kerjasama baik bagi menjayakan kempen promosi halal tersebut.

Semoga kempen ini bermanfaat yang berguna kepada para pengunjung dan orang ramai.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd