18 Desember 2019M Bersamaan 21 Rabiul Akhir 1441H- Kuantan- Jabatan ini melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.

Program tersebut telah diadakan di Hotel Grand Darulmakmur bermula 17 desember yang melibatkan 36 orang peserta. Para peserta terdiri daripada 30 orang qari dan qariah serta 6 orang peserta hafazan. Para peserta juga didedahkan dengan konsep dan etika penghakiman serta perkongsian bersama hakim pertandingan peringkat kebangsaan.

 

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme para qari dan Qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Pahang yang diadakan pada bulan Januari akan datang. Tenaga Pengajar bagi Kursus Tahsin pada kali ini ialah YH. Dato’ Mohamad Bin Hasri, YH. Dato’ Haji Sallehuddin bin Omar Al-Hafiz dan YH. Dato’ Haji Ahmad Faizul bin Haji Ghazali Al-Hafiz.

Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh YH.Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut, Timbalan Pengarah JAIP, Semua Ketua Penolong Pengarah Bahagian, serta Al-Fadhil Qadhi Daerah.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is a Joomla Security extension!