Jerantut, 28 Disember 2019. Semua 7 buah pusat sembelihan ayam di Pasar Jerantut telah dianugerah Sijil Halal Malaysia baru-baru ini. Pusat sembelihan ayam tersebut merupakan pusat penyembelih kedua di negeri ini yang beroperasi di pasar di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan yang berjaya mendapat sijil halal kesecara berkelompok selepas Pasar Daerah Lipis.

Inisiatif kerjasama antara Bahagian Pengurusan Halal JAIP dan Majlis Daerah Jerantut untuk memastikan semua pengusaha memohon sijil halal bermula dengan perlaksanaan satu bengkel khas di mana semua pengusaha telah dibantu untuk melengkapkan permohonan halal secara atas talian. Beberapa siri lawatan bimbingan juga telah dilaksanakan oleh JAIP dan MDJ, bagi memastikan permohonan sijil halal di pasar tersebut dapat dijayakan.

Sijil halal bagi pusat sembelihan ayam tersebut merupakan yang terawal di daerah Jerantut, di mana sebelum ini tiada bekalan ayam segar tempatan yang disahkan halal. Ini secara tidak langsung dapat membantu memudahkan masyarakat Islam dan juga pihak industri makanan di Jerantut untuk mendapatkan bekalan ayam yang sah halal.

Pihak BPH JAIP berharap inisiatif seumpama ini dapat terus dilaksanakan bersama pihak berkuasa tempatan di lain-lain daerah di negeri ini, bagi memastikan status halalan toyyiba bekalan ayam segar terjamin. JAIP akan sentiasa komited untuk membantu pihak industri memohon sijil halal.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is a Joomla Security extension!