KUANTAN, 4 FEBRUARI 2020 : Seramai 30 qari dan qariah dari seluruh Pahang menyertai Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-63 yang bermula malam ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini itu disertai 14 qari dan 14 qariah mewakili daerah masing-masing serta dua peserta johan menunggu pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato' Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, majlis tilawah ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis ini.

Beliau berkata, majlis ini diadakan lebih awal kerana Pertandingan Tilawah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah turut berlangsung pada bulan Februari ini juga.

"Saya berharap pada kali ini, kualiti bacaan dan mutu persembahan di kalangan qari dan qariah Negeri Pahang akan lebih baik dan menunjukkan
peningkatan dari semasa ke semasa untuk memberikan saingan hebat pada peringkat kebangsaan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Pembukaan Tilawah Al-Quran Kali Ke-63, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka berangkat bercemar duli merasmikan majlis berkenaan.

Disediakan oleh Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!