1. YAKIN ; Sentiasa ingat serta yakin bahawa setiap musibah yang menimpa adalah dengan izin Allah.

Allah SWT berfirman:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan Barangsiapa beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. [at-Taghâbun/64:11]

2. INSAF; Sentiasa menginsafi bahawa wabak menimpa adalah peringatan daripada Allah.

Daripada Abdullah bin Umar bin Khattab  ra, bahawa Nabi

SAW bersabda: “Sesungguhnya ada lima perkara dan aku berlindung kepada Allah agar kalian tidak menemuinya, Baginda saw bersabda:

لم تظهر الفاحشة في قوم قط حتى يعلنوا بها الا فشا فيهم الطاعون ولأوجاع التى لم تكن مضت في أسلافهم الذين مضوا

Pertama: “ Tidaklah muncul perbuatan keji (zina) pada suatu kaum hingga mereka melakukannya secara terus terang kecuali Allah akan menimpakan kepada mereka wabak dan berbagai penyakit yang belum pernah menimpa kepada orang-orang sebelum mereka.”

3. CEGAH; Sentiasa bersiap sedia mencegah penularan wabak yang menimpa.

Pepatah arab ada mengatakan:


الوقاية خير من العلاج

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Konsep ini bersesuaian dengan saranan Nabi SAW.


إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

Artinya: "Jika kamu mendengar wabak di suatu wilayah, maka janganlah kalian memasukinya. Tapi jika terjadi wabak di tempat kamu berada, maka jangan tinggalkan tempat itu." (HR Bukhari)

Juga firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, bersiap sedialsh kamu (an-Nisâ’/4:71)

4. MENGUBATI; Segera berusaha mengubati jika tertimpa wabak penyakit.

Daripada Abu Hurairah ra. Nabi Saw. bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

“Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali Allah juga menurunkan penawar untuknya.” (HR. Al Bukhari).

Disisi pandangan Islam, tawakkal dan usaha tidak dapat dipisahkan.

Imam Ibnu Rajab rahimahullah berkata;
"...Kerana Allah memerintahkan untuk melakukan usaha sebagaimana Dia memerintahkan untuk bertawakal kepada-Nya. Maka usaha untuk melakukan sebab yang halal dengan anggota badan adalah bentuk ketaatan kepada-Nya, sebagaimana bertawakal kepada-Nya dengan hati adalah bukti beriman kepada-Nya."

5. BERDOA; Sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauhi serta dihindari daripada wabak penyakit.

Anjuran ini dapat dilihat dengan sekian banyaknya doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada umatnya. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Uthman Bin 'Affan berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، إِلاَّ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ )) . رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ ، وَقَالَ : (( حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ ))

Dari Usman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap pagi dari setiap harinya dan setiap petang dari setiap malamnya kalimat: بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم (dengan nama Allah Yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan di bumi dan tidak juga di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka tidak akan ada apa pun yang membahayakannya.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi. Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih).

WAN HUSAIMI BIN WAN AMRAN
IMAM 1 MASJID ASY SYAKIRIN DAERAH MARAN

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!