Kuantan- 06 Februari 2020 bersamaan 12 Jamadilakhir 1441H- Majlis Perasmian Penutupan Tilawah Al-Quran Kali ke-63 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1441H/ 2020M telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut serta mengurniakan hadiah kepada peserta.

Johan Kategori Qari telah dimenangi oleh saudara Mohamad Syaheed bin Sabri yang merupakan johan menunggu yang telah memperolehi markah sebanyak 92.50. Naib Johan serta tempat ketiga telah dimenangi oleh saudara Zul-Hasyimi bin Mohamed Yunus mewakili daerah Bentong dan saudara Jalaluddin bin Hashim mewakili Daerah Bera.

 

Bagi kategori Qariah pula telah dimenangi oleh Cik Norhanani binti Ayob mewakili Daerah Bentong yang telah memperolehi markah sebanyak 84.00. Saudari Norhanani merupakan pelajar tahun akhir, Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh Cik Siti Maisarah binti Ab Ghani mewakili Daerah Kuantan dan Puan Siti Patimah binti Selaman mewakili Daerah Muadzam Shah.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang dan kerabat-kerabat bergelar serta 1500 orang masyarakat sekitar kuantan.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd