Kuantan, 12 Februari 2020 bersamaan 18 JamadilAkhir 1441H - Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail meraikan para peserta Tilawah Al-Quran dan Hafazan ke Peringkat Kebangsaan di Shazan Inn Kuantan malam tadi. Turut hadir ke majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad.

Pada 4 hingga 6 Februari 2020 telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Pahang dan Johan Kategori Qari telah dimenangi oleh saudara Mohamad Syaheed bin Sabri. Bagi kategori Qariah pula telah dimenangi oleh Cik Norhanani binti Ayob mewakili Daerah Bentong. Bagi Menghafaz Al-Quran pula 6 orang peserta iaitu Salman bin Zulkifli, Siti Nur Syamira Aqilah binti Zailan, Mohd Amiruddin bin Che Nordin, Nurul Najwa binti Zahari, Ahmad Roiyan bin Mohd Shaikhudin & Raina binti Ramli akan mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Negeri Kebangsaan.

 

Peserta akan mewakili Negeri Pahang ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 14 hingga 21 Februari 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Dato' Sri Haji Wan Rosdy turut mendoakan peserta Tilawah Al-Quran dan Hafazan akan berjaya di Peringkat Kebangsaan sekaligus mengharumkan nama Negeri Pahang.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

FB JAIP
facebook
eMunakahat
Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang
Web SMAN
SMAN JAIP
SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Video
Tunggu Sekejak Ustaz Nak Cakak
Insta
Dakwah
Peta Masjid
Mygdispatial
Our website is protected by DMC Firewall!