Cameron Highlands, 16 hingga 18 Jamadilakhir 1441H bersamaan 10 hingga 12 Februari 2020 M - Jabatan ini bersama Pejabat Agama Islam Daerah, MUIP Cawangan, Pejabat Daerah, Bomba dan PDRM Daerah Cameron Highlands telah mengadakan Program Ziarah Dakwah selama 3 hari 2 malam .

Penduduk Kampung Orang Asli Telimau, Pos Lemoi terdiri daripada 24 keluarga dan 6 daripadanya merupakan keluarga muslim. 3 orang penduduk telah kembali kepada agama Fitrah pada program kali ini.

Pelbagai pengisian yang telah diadakan termasuk ziarah dakwah ke rumah penduduk dengan membawa bekalan makanan serta keperluan harian, solat berjemaah dan tazkirah di surau, sukaneka, gotong royong membersih dan mengecat surau serta kenduri kampung.

Surau KOA Telimau, Pos Lemoi telah dirasmikan oleh KPP Bahagian Dakwah. Semoga dengan adanya surau ini dapat memperluaskan lagi penyebaran agama islam di Pos Lemoi serta kawasan belantara sekitarnya.

Jutaan Penghargaan dan terima kasih diucapkan buat semua yg terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd