Karak, 18 hingga 19 Februari 2020 - abatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama MUIP dan Pejabat Agama Islam Daerah Bentong telah mengadakan Program Ziarah Mesra Dakwah bersama Masyarakat Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Karak.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penyampaian sumbangan barangan fidyah kepada masyarakat orang asli yang beragama islam serta ziarah dakwah bersama penduduk disekitarnya. Turut diadakan pertandingan mewarna dan taska mobile untuk kanak² serta kelas pengajian islam & tatacara pemakaian hijab bagi orang dewasa.

Manakala disebelah petang telah diadakan acara sukan rakyat dan jamuan kenduri kampung untuk semua penduduk disekitarnya. Solat Maghrib berjemaah dan Ceramah Perdana oleh Al Fadhil Qadhi Pejabat Agama Islam Daerah Bentong, Tuan Haji Badaruddin Bin Ahmad Bustami di Surau Al Hidayah KOA Ulu Pareh mengakhiri Program Ziarah Mesra Dakwah bersama masyarakat KOA Ulu Pareh, Karak.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd