Jengka, 20 Februari 2020 - Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang diundang menjayakan pameran & promosi halal di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka pada 20/2/2020.

Pameran dan promosi Halal tersebut diadakan di Dewan Indera Segara sempena Seminar Keluarga Sunnah, anjuran UiTM Jengka.

Maklumat berkaitan makanan halal dan Pensijilan Halal Malaysia telah dikongsi bersama pengunjung yang bertamu ke booth halal.

Moga perkongsian berkaitan halal memberi manfaat kepada semua pengunjung.

Our website is protected by DMC Firewall!