Kuantan, 25 Februari 2020 - Jabatan ini melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah mengadakan daurah pengajian kitab Syarah Muhazzab siri 01/2020. Program diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang telah

melibatkan Al fadhil Qadhi Daerah, Timbalan Qadhi Daerah, pegawai dan kakitangan JAIP dan Pejabat Agama Islam Daerah dan wali hakim (Penolong Pendaftar) yang berhampiran.

Program yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan ilmu perkahwinan . Bacaan kitab ini dibimbing oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Dato' Sri Hj Abdul Rahman Bin Md Yunus.

DMC Firewall is a Joomla Security extension!