Temerloh, 26 hingga 27 Februari 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Pahang , MUIP , Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, JAKOA dan beberapa lagi badan agensi yang lain telah menganjurkan Program Gerak Mesra Dakwah bersama Masyarakat Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Temerloh. Antara

aktiviti kemasyarakatan yang diadakan adalah penyampaian sumbangan barangan fidyah kepada masyarakat orang asli yang beragama islam serta ziarah dakwah kepada masyarakat bukan islam, tatacara pemakaian hijab kepada wanita yang beragama islam, taska mobile untuk kanak² dan kelas pengajian islam kepada yang beragama islam. 

 

Turut diadakan acara sukan rakyat pada sebelah petang. Dalam program pada kali ini juga dua pasangan orang asli yang beragama islam telah selamat dinikah kan oleh wali hakim dan majlis sambutan perkahwinannya telah diadakan dengan meriah bersama jamuan kenduri kampung. Seorang penduduk kampung juga telah kembali kepada agama fitrah ( islam ) dan telah diislamkan oleh wakil daripada jabatan agama islam pahang.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP, Tuan Haji Mohd Fadzli Bin Mat Saman. Turut hadir, Al Fadhil Qadhi Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Tuan Mohd Rizzal Bin Mohd Ali Nafiah.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd