Muadzam Shah, 28 Februari 2020 - Jabatan Agama Islam Pahang Dengan Kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah dan Pejabat Felda Keratong 10 telah mengadakan Program Rehlah Dakwah & Tadabbur Al Quran Peringkat Daerah Muadzam Shah pada 28 Februari 2020 bertempat di Masjid Felda Keratong 10, Muadzam Shah.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan slot Qiraatil Solat & Tahsin Fatihah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadli Bin Ishak dari PAID Muadzam Shah & Ustaz Mohd Farik bin Jamaluddin dari Bahagian Dakwah, JAIP. Slot LDK juga turut diadakan selesai tahsin bagi memberi pendedahan lebih mendalam tentang kesempurnaan bacaan² didalam solat dan membaiki kesalahan yang biasa dilakukan ketika solat.

 

Kelas ' Make-up ' untuk muslimah, pertandingan mewarna, adzan dan menulis jawi/khat untuk kanak² telah diadakan pada sebelah petang. Acara kemuncak pada sebelah petang adalah acara AQ Funrun untuk belia dan kanak² disamping acara sukan rakyat yang diadakan bersama belia-belia felda keratong 10.

Forum Tadabbur Al Quran merupakan acara kemuncak pada sebelah malam nya bersama para panel jemputan dari Jabatan Agama Islam Pahang , Ustaz Mohd Aezy bin Zulkuflie, Ustaz Ahmad Sabri bin Ishak & Ustaz Mohd Farik bin Jamaluddin.

Semoga dengan adanya program sebegini bukan sahaja mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan diantara jabatan agama dengan masyarakat malah dapat menambahbaik mutu bacaan didalam solat serta menambah minat anak muda dan belia agar lebih cenderung mencintai Al Quran dan mengamalkan isi kandungannya.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!