Chenor, 4 Mac 2020 - Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang telah melaksanakan kempen dan promosi halal di Daerah Chenor pada 4 Mac 2020.

Program Jejak Usahawan Halal tersebut telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Chenor dengan menyantuni usahawan yang beroperasi di sekitar Kg Telok, Chenor, Felda Kg Awah, Kg Tanjung Perang, Kg Paya Pasir dan juga Felda Jengka 7.

Usahawan mikro & kecil sederhana yang ditemui telah diberi perkongsian ringkas berkaitan kepentingan halal & garis panduan asas pensijilan Halal Malaysia.

Semoga program memberi manfaat kepada para usahawan.

Our website is protected by DMC Firewall!