Rabu, 8 Julai 2020 - 3 usahawan IKS Daerah Jerantut telah berjaya memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Usahawan tersebut adalah Syarikat Sufiah Jaya Enterprise, Syarikat Jamaliah Zakaria & Syarikat Saujana Sos, di mana mereka juga turut terlibat dalam Bengkel Sistem My e-Halal yang telah dilaksanakan pada bulan Februari yang lalu.

Semua usahawan tersebut juga merupakan peserta Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Daerah Jerantut.

Satu Majlis Penyerahan Sijil Halal telah dilaksanakan baru-baru ini di Kompleks Galeri Mat Kilau yg terletak di Pulau Tawar Jerantut. Semoga semangat pahlawan terbilang mampu menjadi inspirasi dan dorongan bagi usahawan-usahawan lain di Jerantut untuk turut mendapatkan sijil halal.

Pihak Bhg Pengurusan Halal JAIP sentiasa komited untuk membantu memudahkan pemain industri memohon sijil halal.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!