Pekan, 15 September 2020 - Jabatan Agama Islam Pahang bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan telah mengadakan Program Kembara Merdeka Hijrah 1442H/2020M.
 
Program ini merupakan acara tahunan Jabatan yang diadakan secara berkonvoi dan disertai dengan program ziarah, nyanyian lagu Negaraku dan jalur Gemilang, penyerahan bendera maal hijrah dan bendera malaysia kepada tok batin perkampungan Orang asli, penyampaian cenderahati barangan keperluan harian serta pakaian terpakai kepada penduduk kampung, kuiz kemerdekaan dan kefahaman islam, solat berjemaah, tazkirah dan sebagainya. Objektif utama program adalah untuk menyemarakkan erti kemerdekaan dan hijrah di kalangan masyarakat orang asli. 
 
 
Acara pelepasan konvoi 20 buah kenderaan telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Pekan pada 15 September 2020 oleh Tuan Haji Mohd Aris bin Jamin, Al-Fadhil Qadhi Daerah. Sebanyak 21 buah perkampungan Orang Asli yang merentasi 5 buah Daerah telah diziarahi oleh pasukan konvoi. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Tuan Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman dan Penolong Pengarah Kanan, Ustazah Naemah Fairus bin Mohd Jelani turut menyertai Konvoi pada kali ini.
Sekalung Penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam Program pada kali ini. Ucapan Jutaan terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Qadhi Daerah Pekan, Kuantan, Maran, Jerantut dan Temerloh, Majlis Ugama Islam dan adat Resam Melayu Pahang(MUIP), Para Penggerak Masyarakat Orang Asli, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan semua yang telah menjayakan program pada kali ini. Semoga Program yang diadakan menjadi asbab penghijrahan Masyarakat Orang Asli kepada agama Islam serta dapat memperteguhkan lagi keimanan kepada Allah SWT.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!