Gambang, 25 September 2020 - SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan (SMATAF) terus mengekalkan prestasi sebagai sekolah cemerlang apabila mengungguli 9 anugerah kecemerlangan yang diumumkan dalam Majlis Anugerah kecemerlangan Pendidikan SMAN kali ke-19 tahun 2020. Majlis anugerah kecemerlangan pendidikan kali ke-19 ini telah diadakan di Bukit Gambang Resort Kuantan pada 25 September 2020. SMATAF muncul sebagai sekolah paling berjaya apabila dinobatkan sebagai  Sekolah Cemerlang SMA 2019, Sekolah Cemerlang SPM 2019, Sekolah Cemerlang Kokurikulum, Sekolah Cemerlang Bahasa Arab SMA, Sekolah Cemerlang Bahasa Arab SPM, Johan Keceriaan Bilik Guru, Johan Keceriaan Bilik Asrama, Johan Keceriaan Kamar Selesa Sekolah dan Johan Pertandingan 4K bagi kategori kebersihan. Secara keseluruhannya SMATAF berjaya membawa pulang hadiah kecemerlangan berjumlah RM17,000.00 beserta sijil. Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Addini Bandar Jengka pula diumumkan sebagai sekolah terbaik STAM 2019 manakala SMA Al-Falah Batu Talam Raub memenangi Anugerah Khas Kelas Tahfiz Al_Quran.

Masing-masing menerima sijil dan RM2000.00. Johan pertandingan 4K bagi kategori keceriaan dimenangi oleh SMA Al-Attas Pekan. SMA Al-Wosto Temerloh muncul juara 4K bagi kategori keselamatan dan SMA Al-Ihsan Kuantan juara 4K bagi kategori kerohanian. semua pemenang menerima sijil dan RM5000.00. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang sebagai wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YH Dato' Sri Abdul Rahman bin Osman Mufti Negeri Pahang, YB Dato' Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato'  Md. Sohaimi Bin Haji Mohamed Shah, ADUN Sungai Lembing serta Tuan Haji Zakaria bin Mohamad , Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd