Falsafah Pendidikan JAIP

Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu dan penghayatan berunsur al-ulum, al-funun dan al-tarbiah bagi menjadikan insan yang dididik itu dapat dicanai rohani, jasmani dan inteleknya melaui ta'alim, tamrin dan riadah serta membentuk hubungan yang mesra dengan mu'alimin, mu'alim, ulama' dan alam yang dapat mencapai hasanah di dunia & akhirat.

Matlamat Pendidikan JAIP Untuk melahirkan insan kamil dan soleh yang berpendidikan tinggi serta seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani dalam semua bidang ilmu dan kemahiran

Objektif

  • Merancang pendidikan Islam dengan lebih sistematik.
  • Melaksanakan objektif Jabatan Agama Islam menerusi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak Islam negeri khasnya dalam bidang Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab
  • Mewujudkan generasi muslim bertaqwa, berkebolehan, berketrampilan dan mampu menyebarkan Islam menurut Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Melahirkan generasi bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, masyarakat dan negara

 

 Fungsi Bahagian Pendidikan

Unit Kurikulum

  • Memastikan perlaksanaan kurikulum di sekolah dengan melaksanakan pemantauan sekurang-kurangnya 3 kali setahun
  • Mengawal perlaksanaa kurikulum di sekolah-sekolah
  • Menjadi ahli dan Setiausaha kepada panel kurikulum
  • Menyemak perlaksanaa kurikulum dan keberkesanannya serta mencadang perubahan, ubahsuai atau sebagainya kepada panel ko-kurikulum
  • Menyediakan kertas kerja kursus/seminar berkaitan pendidikan Islam dan pembangunannya

 

Unit Hal Ehwal Pelajar dan Ko-Kurikulum

  • Menguruskan pengambilan pelajar baru untuk mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang
  • Menguruskan kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 bagi sekolah yang tidak mempunyai Tingkatan 4.
  • Mengurus dan memproses pertukaran pelajar dari dalam dan luar negeri Pahang
  • Mengawasi disiplin pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang
  • Memastikan perlaksanaa ko-kurikulum di Sekolah Menengah Agama Negeri berjalan dengan baik
  • Menjadi urusetia majlis Sukan dan Ilmiah sekolah-sekolah Agama Pahang (MASISUPA)
  • Mengadakan kursus bimbingan dan kerjaya/motivasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Negeri

 

 Unit Pengurusan SMAN

  • Menyediakan kertas kerja yang berkaitan tugas unit
  • Bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras pembangunan Sekolah Menengah Agama Negeri
  • Menyediakan pelan perancangan pembangunan pendidikan Islam bagi negeri Pahang dari masa ke masa
  • Melaksanakan program-program / dasar-dasar jabatan dan Kerajaan Negeri

 

Unit Peperiksaan

  • Penggubalan dasar peperiksaan yang dikendalikan oleh Unit Peperiksaan - Pembinaan item-item ujian bagi semua peperiksaan - Pengurusan dan pentadbiran peperiksaan - Pemerosesan serta pengeluaran keputusan peperiksaan - Penyelidikan dalam bidang pengujian - Pengendalian latihan dalam bidang pengujian, pengukuran dan pemeriksaan

 

Unit Pengurusan KAFA

  • Mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Pahang / JAKIM bagi mendapatkan maklumat terkini perkembangan semasa Peringkat Kebangsaan
  • Mengurus, menyelia dan memantau perkhidmatan guru KAFA seluruh negeri
  • Mengawasi semua aspek perjawatan, pengurusan dan pentadbiran di sekolah
  • Merancang dan mengurus pengambilan penyeliaan dan guru-guru KAFA.

 

Unit Pengurusan Sekolah Rakyat

  • Menjadi pendaftar sekolah-sekolah Agama Rakyat dan swasta
  • Menyelia dan membimbing Sekolah-Sekolah Menengah Agama Rakyat dari segi pengurusan dan pentadbiran
  • Merancang, melaksana dan menyebar projek-projek teknologi pendidikan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • Merancang dan membantu dalam menyediakan bajet pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan yang berkaitan dengannya
  • Menjadi pendaftar sekolah-sekolah Agama Rakyat dan swasta
  • Menyelia dan membimbing Sekolah-Sekolah Menengah Agama Rakyat dari segi pengurusan dan pentadbiran
  • Merancang, melaksana dan menyebar projek-projek teknologi pendidikan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • Merancang dan membantu dalam menyediakan bajet pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan yang berkaitan dengannya
  • Melaksanakan progran-program / dasar-dasar jabatan dan kerajaan
  • Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran

 

 

 

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd