Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau

 

Unit Pentadbiran

  • Urusan penyelarasan perancangan program/aktiviti BPMS
  • Urusan naik taraf surau ke masjid
  • Mengurus pentauliahan / perlantikan pegawai masjid Kariah
  • Menguruskan mengenai pembayaran dan pemberhentian imbuhan Pegawai Masjid Kariah
  • Menguruskan proses perlantikan dan penamatan AJK Masjid Kariah
  • Mengurus proses pembayaran ealun Imam Berwibawa
  • Menyediakan belanjawan tahunan Bahagian Pengurusan Masjid
  • Menguruskan mengenai surau dan tanah perkuburan Islam
  • Menyelaras sistem maklumat masjid SISMIM dan SPM.
  • Menguruskan Cuti kakitangan BPMS.
  • Menguruskan Tuntutan Elaun Pegawai dan kakitangan BPMS.
  • Urusan surat menyurat.
  • Urusan Fail.
  • Menguruskan pemantauan perjalanan pentadbiran masjid.

 

Unit Kariah

  • Menguruskan kursus / latihan dan kelas pengajian kepada pegawai masjid kariah
  • Menguruskan kursus penulisan dan penyampaian khutbah
  • Menguruskan Kursus pengurusan kepada Jawatankuasa Masjid.
  • Menyelia dan menyelaras aduan awam.
  • Mengurus dan menyelaras program pengimarahan masjid dan surau.
  • Mengurus kursus dan latihan kepada Masjid Daerah.
  • Mengurus bahan terbitan BPMS

 

Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau

  • Memproses permohonan naik taraf surau ke masjid kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di buat dalam tempoh 3 hari selepas permohonan lengkap di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Negeri Pahang.
  • Menghantar cadangan perlantikan dan pentauliahan pegawai masjid kariah kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam tempoh 2 minggu selepas temuduga dilaksanakan oleh Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
  • Memproses urusan penamatan / pemberhentian pegawai masjid kariah dan bayaran imbuhan bulanan diproses untuk tindakan selanjutnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam tempoh 3 hari selepas maklumat lengkap di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
  • Memproses dan memastikan pelantikan baru Jawatankuasa Masjid dibuat dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh pelantikan lama.
  • Memproses urusan penamatan / pemberhentian Jawatankuasa Masjid untuk tindakan selanjutnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam tempoh 3 hari selepas maklumat lengkap dan calon ganti di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
  • Memproses permohonan pembayaran imbuhan bulanan imam masjid kariah dalam tempoh 2 hari selepas menerima kelulusan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dihantar untuk tujuan pembayaran sebelum 10 haribulan bulan berkenaan.
  • Memproses permohonan pembayaran elaun imam berwibawa dalam tempoh 1 bulan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pembayaran Elaun Imam Wibawa dan dihantar untuk tujuan pembayaran setiap 6 bulan sekali.

 

 

Our website is protected by DMC Firewall!