KURSUS PENYEMBELIHAN DI SM AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG (SEPERB)

23 Julai 2020, Khamis - Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang telah diundang menjayakan Program Kursus Penyembelihan Halal di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong pada 23 Julai 2020.

Kursus tersebut telah dihadiri peserta yang terdiri daripada guru-guru & pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Kursus merangkumi sesi teori & praktikal penyembelihan.

Semoga kursus yang telah dilaksanakan memberi manfaat kepada para peserta yang hadir.

 

USAHAWAN HALAL DAERAH JERANTUT

Rabu, 8 Julai 2020 - 3 usahawan IKS Daerah Jerantut telah berjaya memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Usahawan tersebut adalah Syarikat Sufiah Jaya Enterprise, Syarikat Jamaliah Zakaria & Syarikat Saujana Sos, di mana mereka juga turut terlibat dalam Bengkel Sistem My e-Halal yang telah dilaksanakan pada bulan Februari yang lalu.

KURSUS PENYEMBELIHAN SYARIE DAN SEMINAR FIQH WANITA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Khamis, 2 Julai 2020 - Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah merasmikan Kursus Penyembelihan Syarie Dan Seminar Fiqh Wanita Peringkat Negeri Pahang di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 Pekan. 

Hampir 100 peserta terdiri daripada masyarakat setempat mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

TINJAUAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19

Isnin, 6 Julai 2020 - Bahagian Pendidikan JAIP telah membuat tinjauan ke SMA Pahang pada hari pertama pembukaan sekolah pasca Covid-19. Tinjauan ini dijalankan bagi melihat keberkesanan dan pematuhan SOP yang diberikan setelah kehadiran semula pelajar.

GARIS PANDUAN MAJLIS AKAD NIKAH DI RUMAH ATAU PREMIS PERSENDIRIAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

MUAT TURUN GARIS PANDUAN DI SINI

 

 

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!