30 PESERTA SERTAI TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG

KUANTAN, 4 FEBRUARI 2020 : Seramai 30 qari dan qariah dari seluruh Pahang menyertai Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-63 yang bermula malam ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini itu disertai 14 qari dan 14 qariah mewakili daerah masing-masing serta dua peserta johan menunggu pada tahun lepas.

MAJLIS PERJUMPAAN & DIALOG BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN JAIP

28 Januari 2020. Pekan - Jabatan Agama Islam Pahang telah melaksanakan Majlis Perjumpaan & Dialog Bersama Pegawai - Pegawai Kanan, Jabatan Agama Islam Pahang dengan Wali Hakim, Guru Takmir, Guru Al-Quran dan Fardhu Ain Asrama, Guru - Guru KAFA dan Pegawai Masjid Kariah Daerah Pekan pada 28 Januari 2020.

MAJLIS PELANCARAN BUKU MEMOIR AL-GHAZALI, DATO' MOHD GHAZALI BIN ABDUL AZIZ

Pekan- 19 Jamadilawal 1441H bersamaan 15 januari 2020M- Jabatan ini telah mengadakan Majlis Pelancaran buku "Memoir Al-Ghazali , Dato' Mohd Ghazali bin Abd Aziz. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YH Dato' Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah, JAIP.

PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MENCEMAR DULI KE JAIP

Pekan- 17 Jamadilawal 1441 H bersamaan 13 Januari 2019- KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan mencemar duli ke Jabatan ini. Keberangkatan baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato' Syed Ahmad Fuad bim Syed Taha serta pegawai-pegawai kanan Jabatan.

BAYARAN INSENTIF KHAS BAGI PERKAHWINAN KALI PERTAMA SEBANYAK RM 200

KUANTAN, 08 JANUARI 2020 - Kerajaan Pahang menyediakan insentif khas untuk perkahwinan kali pertama bagi lelaki sebanyak RM200 mulai tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, intensif itu akan diberikan kepada pengantin lelaki yang berpendapat RM5,000 ke bawah bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd