MUHAMMAD BAKI OSMAN DIKURNIAKAN ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 2020, NEGERI PAHANG

Kuantan, 20 Ogos 2020 - Bekas Pesuruhjaya Pas Pahang, Muhammad Baki Othman dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Pahang semalam.
Anugerah itu disampaikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah di Dewan Jubli Perak di sini.

Muhammad Baki, 80, yang merupakan pendakwah pernah berkhidmat sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat dan Yang Dipertua Pas Kawasan Maran.

 

KEMPEN PROMOSI HALAL RAUB

5 Ogos 2020, Sabtu - Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang telah melaksanakan kempen dan promosi halal di Daerah Raub pada 5 Ogos 2020.

Antara premis yang dikunjungi adalah Lembah Temir Resort yang beroperasi di Sungai Ruan, Raub.

Semoga perkongsian berkaitan halal memberi manfaat kepada pihak resort untuk mendapatkan sijil halal.

PROGRAM PRIHATIN AIDILADHA TEMERLOH

2 Ogos 2020, Ahad - Program bersama QSR Brands (M) Holding Bhd & Bhg Pengurusan Halal JAIP dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh & Rumah Sembelih Ruminan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Temerloh telah dilaksanakan dengan jayanya di Rumah Sembelihan tersebut pada 12 Zulhijjah 1441H / 2 Ogos 2020, jam 10.00 pagi.

Semoga program tersebut sedikit sebanyak dapat berkongsi kegembiraan bersama golongan yang memerlukan.

PROGRAM PRIHATIN AIDIL ADHA KOA TEJI, CAMERON HIGHLANDS

31 Julai 2020, Jumaat - Program direncanakan bersama QSR Brands (M) Holding Bhd & Bhg Pengurusan Halal JAIP dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands telah dilaksanakan dengan jayanya di KOA Teji, Pos Telanok, Cameron Highlands pada 10 Zulhijjah 1441H / 31 Julai 2020.

 

 

SURAT AKU JANJI (LETTER OF UNDERTAKING) PEMATUHAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

29 JULAI 2020, RABU - ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PEMOHON YANG TELAH DIBERIKAN KEBENARAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DALAM TEMPOH PKPP,  DIMINTA UNTUK MENGISI BORANG AKU JANJI PEMATUHAN & MENGHANTAR KE PEJABAT AGAMA ISLAM YANG BERKENAAN.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!