12 November 2019.  Bertempat di Yayasan Pahang, telah dijalankan satu seminar iaitu Seminar Pencegahan Jenayah Akidah Syariah " Sesat Dalam Cahaya " Peringkat Negeri Pahang Tahun 2019.

Seminar ini adalah anjuran bersama Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Bahagian Pendidikan JAIP dan Yayasan Pahang. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim b Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang.

Dua orang panel telah dijemput bagi bagi membentangkan tajuk yang telah dipilih hasil perbincangan dengan penganjur. Ahli panel yang pertama adalah Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan, Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan yang membentangkan tajuk Penyelewengan Ajaran Islam Dalam Pengamalan Ajaran Tasauf ( Tarikat / Makrifat / Hakikat). 

Ahli panel yang kedua pula membentangkan tajuk Ancaman Terhadap Aqidah Umat Islam di Abad ini. Pembentang yang kedua ini adalah Tuan Mohd Aswanizam b Alias dari Ihsan Strategic Reserch Centre. Moga dengan perkongsian dua ahli panel tersebut dapat memberikan maklumat yang boleh dikongsikan oleh peserta yang hadir.

11 November 2019. Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang telah menjayakan Kursus Penyembelihan Halal Teori, dan Praktikal di Kulliah Al-Lughah Waddin Sultan Abu Bakar Pekan.

10 November 2019. Majlis Pelancaran Sistem e-Munakahat Jabatan Agama Islam Pahang berlangsung di Auditorium Al-Ghazali, Pejabat Agama Islam Daerah Maran pada 10 November 2019 yang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad,

7 November 2019. Bahagian Pengurusan Halal JAIP dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bentong telah melaksanakan Seminar Kesedaran Halal di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.

Page 1 of 5

PENGUMUMAN

  

Permohonan atas talian kemasukan tingkatan satu tahun 2020 bagi sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang.
(Tarikh Permohonan : 20 - 30 November 2019)
Layari laman web:- https://esma.pahang.gov.my   

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

FB JAIP
facebook
eMunakahat
Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang
Web SMAN
SMAN JAIP
SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Video
Tunggu Sekejak Ustaz Nak Cakak
Insta
Dakwah
Peta Masjid
Mygdispatial
DMC Firewall is a Joomla Security extension!