OBJEKTIF JABATAN

  • Melahirkan masyarakat Madani yang menjadikan Islam suatu cara hidup yang sempurna serta memahami dan menghayati ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan As Sunnah.

 

  • Menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam dan bidangkuasa yang diperuntukkan di dalam undang-undang.

 

  • Memelihara kesucian agama Islam, penganutnya dan institusi-institusi keagamaan daripada ancaman, penyelewengan dan pencerobohan.

 

  • Meningkatkan mutu pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Islam secara bersistematik, efisyen dan berkesan.

 

  • Menyemarakkan pembangunan fizikal, kerohanian dan spiritual dalam melahirkan individu, keluarga dan ummah yang berketrampilan, agresif dan proaktif.

 

   FUNGSI JABATAN

  • Melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Kerajaan serta mengikut peraturan-peraturan yang terkandung dalam enakmen-enakmen yang berkaitan dengan agama Islam negeri Pahang.

 

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal dan sumber manusia dengan pengurusan yang bersistem, berkesan dan berkualiti.

 

  • Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan ummah dari segi intelek dan kerohanian di negeri Pahang.

 

  • Menguatkuasakan undang-undang agama Islam secara efisyen di dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.

 

  • Merancang, menyelaras dan mentadbir pengurusan institusi pendidikan agama Islam negeri Pahang bagi melahirkan insan kamil.

 

  • Merancang program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam Pahang.

 

  • Membuat kajian dan penilaian terhadap isu hal ehwal islam negeri Pahang yang berkaitan dengan aqidah, syariah, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan dan lain-lain.

 

  • Mengumpul dan menganalisa data dan maklumat bagi kepentingan keberkesanan produktiviti pengurusan.

 

 

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd