PEKAN, 20 Okt - Biarpun perkembangan dunia di arus era konvergens, ayat-ayat cinta Allah kepada hambanya tidak pernah dimamah usia dan kekal dijadikan panduan hidup kepada manusia sepanjang zaman. Adab membaca dan memegang Al-Quran dalam keadaan berwuduk serta kaedah melupuskan mashaf yang rosak melambangkan ketelitian Islam menterjemah isi kandungan dalam kitab diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w agar terus terpelihara kepada umat Islam. Kewajipan memelihara kesucian dan kemuliaan Al-Quran bukan sahaja ketika fizikalnya sempurna bahkan tanggungjawab sebagai muslim tergalas dalam proses perlupusan Al-Quran yang tertib. Krew Berita Pahang berpeluang mendalami proses perlupusan Al-Quran bersama kakitangan Unit Penapisan Media Bahagian Penyelidikan Agama Islam Pahang (JAIP) di Pusat Pemuliaan Al-Quran di Pekan, Pahang.
 
Terdahulu prosesnya diselanggara oleh pihak swasta namun perjuangan memartabatkan tatacara pelupusan kitab suci ini diteruskan oleh empat pegawai JAIP sejak empat tahun lalu menggunakan kaedah relau atau pembakaran. Proses asas pengumpulan bahan Al-Quran dimulakan di semua 11 Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh Negeri Pahang dan dihantar ke Pusat Pemuliaan Al-Quran. Lazimnya pernerimaan dan rekod daripada agensi, institusi pendidikan dan masjid secara pukal dikumpulkan di pusat. Setelah ditimbang naskah yang diterima akan disimpan dalam stor kontena. Kemudian proses pelupusan dimulakan dengan membakar Al-Quran yang rosak ataupun terkoyak termasuk bahan cetakan pendidikan yang mengandung teks ayat Al-Quran melalui kaedah pembakaran secara relau. Proses relau mampu memuatkan sehingga 100 kilogram bahan dengan kadar suhu 1000 darjah celsius selama 60 minit sehingga menjadi abu. Kebiasaannya berat 10 kilogram abu akan terhasil daripada proses relau setiap Kali pembakaran, dan sejurus itu fasa penyejukkan dilakukan lebih kurang 24 jam. Proses ini bagi menghilangkan haba yang menggunakan mesin relau bernilai RM 35,000 ini dilihat mampu menjimatkan kos pelupusan. Kemudian abu dibancuh bersama air mengikut kelikatan yang sesuai di dalam tong dan dimasukkan ke dalam blok acuan. Ia akan menjadi adunan seberat lima kilogram serta dijemur selama seminggu di mana proses pengeringan di bawah cahaya matahari bergantung keadaan cuaca supaya menjadi keras, padat dan tidak mudah berderai.
 
Manakala proses pengurusan abu dilakukan secara teliti dengan membungkus blok abu ke dalam plastik dan disimpan di dalam stor sebelum diangkut ke kapal bagi menghanyutkan abu. Setelah abu diangkut ke kapal dengan bantuan anggota Polis Marin dan Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia, proses terakhir melupuskan abu Al-Quran selesai apabila abu dihanyutkan ke laut. Sehingga kini sejumlah empat tan abu Al-Quran berjaya dilupuskan ke laut oleh pihak JAIP semenjak tahun 2017 termasuk menerima sebanyak 40 tan keseluruhan bahan mengandungi kalimah ayat Al-Quran daripada pelanggan. Berdasarkan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-30 pada 22 Ogos 1992, memutuskan kaedah pembakaran dan menghanyutkan abu ke laut selain daripada penanaman abu.
 
Berita dari : FB Berita Pahang

Gambang, 25 September 2020 - SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan (SMATAF) terus mengekalkan prestasi sebagai sekolah cemerlang apabila mengungguli 9 anugerah kecemerlangan yang diumumkan dalam Majlis Anugerah kecemerlangan Pendidikan SMAN kali ke-19 tahun 2020. Majlis anugerah kecemerlangan pendidikan kali ke-19 ini telah diadakan di Bukit Gambang Resort Kuantan pada 25 September 2020. SMATAF muncul sebagai sekolah paling berjaya apabila dinobatkan sebagai  Sekolah Cemerlang SMA 2019, Sekolah Cemerlang SPM 2019, Sekolah Cemerlang Kokurikulum, Sekolah Cemerlang Bahasa Arab SMA, Sekolah Cemerlang Bahasa Arab SPM, Johan Keceriaan Bilik Guru, Johan Keceriaan Bilik Asrama, Johan Keceriaan Kamar Selesa Sekolah dan Johan Pertandingan 4K bagi kategori kebersihan. Secara keseluruhannya SMATAF berjaya membawa pulang hadiah kecemerlangan berjumlah RM17,000.00 beserta sijil. Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Addini Bandar Jengka pula diumumkan sebagai sekolah terbaik STAM 2019 manakala SMA Al-Falah Batu Talam Raub memenangi Anugerah Khas Kelas Tahfiz Al_Quran.

Kuantan, 18 September 2020 - Majlis Penyerahan Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) bagi Fasa Pertama Oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP. melalui wakilnya Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN.

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!