Pekan, 18 Ogos 2020 - Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan telah melaksanakan Bengkel Sistem My e-Halal pada 18 Ogos 2020.

Bengkel tersebut telah dilaksanakan di Pusat Internet Kg Beruas, Pekan. Bengkel ini dihadiri oleh 4 pengusaha dewan makan asrama SMAN disekitar Zon 1, mewakili daerah Pekan dan Rompin.

Kuantan, 20 Ogos 2020 - Bekas Pesuruhjaya Pas Pahang, Muhammad Baki Othman dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Pahang semalam.
Anugerah itu disampaikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah di Dewan Jubli Perak di sini.

Muhammad Baki, 80, yang merupakan pendakwah pernah berkhidmat sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat dan Yang Dipertua Pas Kawasan Maran.

 

5 Ogos 2020, Sabtu - Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang telah melaksanakan kempen dan promosi halal di Daerah Raub pada 5 Ogos 2020.

Antara premis yang dikunjungi adalah Lembah Temir Resort yang beroperasi di Sungai Ruan, Raub.

Semoga perkongsian berkaitan halal memberi manfaat kepada pihak resort untuk mendapatkan sijil halal.

31 Julai 2020, Jumaat - Program direncanakan bersama QSR Brands (M) Holding Bhd & Bhg Pengurusan Halal JAIP dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands telah dilaksanakan dengan jayanya di KOA Teji, Pos Telanok, Cameron Highlands pada 10 Zulhijjah 1441H / 31 Julai 2020.

 

 

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd