• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 60 09 4211111

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....     

                                                                                                                                          

 

Selamat Datang dan terima kasih kerana meluangkan masa melayari Laman Web Jabatan Agama Islam Pahang.

Dunia kian berubah, kemudahan teknologi sudah menjadi satu era baru dan juga keperluan dunia masa kini.  Kita boleh memperoleh dan bertukar-tukar maklumat di mana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan amat mudah.  Keperluan mendesak dunia sekarang terhadap bidang teknologi yang berasaskan teknologi maklumat menjadikan sistem penyampaian lebih mudah.

Dalam pada kita sibuk untuk memastikan pencapaian matlamat, misi dan visi organisasi, pelaksanaan tugas seharian juga menuntut kita melaksanakan fungsi memungut, mentafsir dan menyebar maklumat.  Tidak kira di mana kita bertugas dan apa jawatan yang di sandang, kita kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mewujudkan kumpulan pengurusan dan pekerja yang berpengetahuan.

Selaras dengan hasrat Kerajaan supaya semua agensi kerajaan berfungsi dalam suasana kerajaan elektronik, Jabatan Agama Islam Pahang sedang berusaha mempertingkatkan kapasiti teknologi maklumatnya bagi penyaluran dan penyebaran kepada pengguna.  Kepada semua para pengunjung laman web ini, saya mengucapkan selamat datang.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembangunan laman web yang boleh memberikan informasi kepada para pengunjung laman web ini.  Saya turut berharap agar laman web ini akan terus dikemaskini dengan bahan-bahan berita yang terkini dan menarik serta mempunyai lebih banyak informasi dan perkembangan di Jabatan Agama Islam Pahang.

      

                                                                                                                  

DATO' MOHAMAD NOOR BIN ABDUL RANI

DSAP., DIMP., SAP., AAP., AMP., AMN., PKC., PJK.

Pengarah 

Jabatan Agama Islam Pahang