• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 60 09 4211111

PIAGAM PELANGGAN

           Memastikan aduan pelanggan yang lengkap maklumat diri dikemukakan maklumbalas selewat-lewatnya 5 hari bekerja.

 

          Memastikan bayaran bil-bil dibuat dalam tempoh 14 hari

 

       Memastikan keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dikeluarkan dalam masa 7 hari sebelum sesi persekolahan bermula.

 

          Memastikan tawaran ke Tingkatan I Sekolah-Sekolah Menengah Agama Pahang dikeluarkan dalam masa 14 hari dari tarikh tutup permohonan.

 

        Memastikan keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dikeluarkan dalam masa 7 hari sebelum sesi persekolahan bermula.

 

    Memastikan tawaran permohonan kemasukkan ke Tingkatan 6 STAM dikeluarkan dalam masa 30 hari berkerja setelah temu uji.

 

          Memastikan keputusan permohonan pertukaran sekolah yang lengkap diberikan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang.

 

          Mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan pendidikan dalam masa 5 hari dari tarikh aduan diterima.

 

       Memastikan permohonan pendaftaran tempat pendidikan islam bukan kerajaan yang lengkap didaftarkan dalam tempoh 14 hari.

 

        Memastikan Kebenaran berkahwin yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan.

 

          Memastikan Surat dan Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan.

 

      Memastikan Surat Perakuan Cerai yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh perintah mahkamah diterima dari Mahkamah Syariah.

 

         Proses permohonan naik taraf surau ke masjid kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di buat dalam tempoh 3 hari bekerja  selepas permohonan  lengkap di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Negeri Pahang.

 

      Proses penghantaran cadangan pelantikan dan pentauliahan Pegawai Masjid Kariah kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam tempoh 2 minggu selepas temuduga dilaksanakan oleh Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.

 

     Mengambil maklum aduan berkaitan pengurusan masjid  dan surau  dalam tempoh 1 hari bekerja dan membuat maklumbalas dalam tempoh 3 hari.

 

          Merekodkan setiap aduan kesalahan jenayah syariah  dengan serta- merta.

 

          Memastikan setiap aduan yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 7 hari.

 

          Merekod penerimaan kertas siasatan dari Bahagian Penguatkuasa dalam tempoh 7 hari.

 

         Penyemakan , penelitian dan penentuan status kertas siasatan dalam tempoh 1 bulan.

 

          Pendaftaran kertas siasatan ke Mahkamah Syariah dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan.

 

           Audit lapangan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran diterima.

 

         Aduan berkaitan isu halal dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh aduan diterima.

 

        Menyediakan laporan siasatan dan pemantauan berkenaan aduan Aqidah dan Syariah yang diterima dalam tempoh 30 hari selepas aduan.