Font Size

Profile

Cpanel
A- A A+
You are here: Utama Penerbitan Buletin JAIP AUDIT PEMANTAUAN SIRIM TAHUN 2017 BAGI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM TAHUN 2017 BAGI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008

 

7-8 September 2017 - Jabatan Agama Islam Pahang - Pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah menjalankan Audit Pemantauan di 6 buah lokasi. Seramai 3 orang juruaudit telah melaksanakan Audit Pemantauan pada kali ini yang telah diketuai oleh Cik Noraini Binti Abdul Wahid, Cik Noridah Binti Yahya dan En. Mohd Nasim Bin Zakaria. Pihak pengurusan JAIP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dan memberikan komitmen yang baik sempena Audit Pemantauan SIRIM pada kali ini. Antara lokasi yang telah diaudit pada 7 September adalah Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah, Pejabat Agama Islam Bentong dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis. Manakala lokasi yang telah diaudit pada 8 September pula adalah Jabatan Agama Islam Pahang, Pejabat Agama Islam Daerah Maran dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis. Audit Pemantauan SIRIM bagi tahun 2017 berakhir di Jabatan Agama Islam Pahang pada jam 5.00 petang.