Font Size

Profile

Cpanel
A- A A+
You are here: Utama Penerbitan Buletin JAIP PERARAKAN 21 KONTINJEN SERTA KONVOI 135 KENDERAAN MEMERIAHKAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1439H PERINGKAT NEGERI PAHANG

PERARAKAN 21 KONTINJEN SERTA KONVOI 135 KENDERAAN MEMERIAHKAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1439H PERINGKAT NEGERI PAHANG

22 September 2017 –Kuantan-  Perarakan Pejalan kaki serta konvoi kenderaan yang julung-julung kali diadakan telah memeriahkan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 1439H . Sebanyak 21 Kontinjen dari pelbagai agensi serta 135 konvoi kenderaan telah menyertai perarakan tersebut yang telah bermula dari stadium Darul Makmur dan Padang MPK 4, Kemunting . Acara pemotongan riben telah diadakan di perkarangan pintu masuk Radio Televisyen Malaysia  ( RTM )  yang merupakan simbolik kepada  pertemuan antara  golongan Muhajirin dan Ansar serta disambut dengan alunan  nasyid  “ tala’al badru A’laina” serta selawat.

Acara Rasmi Program bermula seawal jam 9.00 pagi bertempat di Auditorium (RTM) Pahang. Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid terkenal tanah air, Far East serta ceramah agama yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Aris Jamin, Qadhi Daerah Raub, turut memeriahkan program.

Majlis Perasmian Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Pahang bagi Tahun 1439H/2017 telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja haji Adnan bin Haji Yaakob serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Dato’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Pada majlis tersebut,YH Dato’ Ustaz Sulaiman Ahmad, mantan Mufti Pahang, telah dinobatkan sebagai  Tokoh Maal Hijrah 1439H/2017 Pahang. Anugerah Inovasi Kakitangan telah disampaikan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Datuk Khalijah Abdul Malek. Manakala Ustaz Saleh Talib telah menerima Anugerah Inovasi Pengkhidmat Agama. Antara Anugerah lain yang telah disampaikan pada Majlis tersebut adalah Anugerah Mubaligh Saudara Baru, oleh Allahyarham Aidid Hamzah, Anugerah Inovasi Jabatan Kerajaan/Swasta/NGO/Badan Berkanun oleh Maahad Tahfiz al Quran Pengkalan Damar serta Anugerah Perkampungan Orang Asli Islam Terbaik Pahang oleh Perkampungan Orang Asli Pasal.