• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 60 09 4211111

Bahagian Pendidikan

 

Falsafah

 

Satu usaha berterus untuk menyampaikan ilmu dan penghayatan berunsur al-ulum, al-funun dan al-tarbiah bagi menjadikan insan yang dididik itu dapat dicanai rohani, jasmani dan inteleknya melaui ta'alim, tamrin dan riadah serta membentuk hubungan yang mesra dengan mu'alimin, mu'alim, ulama' dan alam yang dapat mencapai hasanah di dunia & akhirat.

 

Matlamat

Untuk melahirkan insan kamil dan soleh yang berpendidikan tinggi serta seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani dalam semua bidang ilmu dan kemahiran

Objektif

Merancang pendidikan Islam dengan lebih sistematik

Melaksanakan objektif Jabatan Agama Islam menerusi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak Islam negeri khasnya dalam bidang Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab

Mewujudkan generasi muslim bertaqwa, berkebolehan, berketrampilan dan mampu menyebarkan Islam menurut Al-Quran dan Al-Sunnah

Melahirkan generasi bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, masyarakat dan negara

 

 

Unit  Kurikulum

 

Memastikan perlaksanaan kurikulum di sekolah dengan melaksanakan pemantauan sekurang-kurangnya 3 kali setahun

Mengawal perlaksanaan kurikulum di sekolah-sekolah

Menjadi ahli dan Setiausaha kepada panel kurikulum

Menyemak perlaksanaan kurikulum dan keberkesanannya serta mencadang perubahan, ubahsuai atau sebagainya kepada panel ko-kurikulum

Menyediakan kertas kerja kursus/seminar berkaitan pendidikan Islam dan pembangunannya

 

 

Unit  Hal Ehwal Pelajar dan Ko-Kurikulum

 

Menguruskan pengambilan pelajar baru untuk mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

Menguruskan kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 bagi sekolah yang tidak mempunyai Tingkatan 4.

Mengurus dan memproses pertukaran pelajar dari dalam dan luar negeri Pahang

Mengawasi disiplin pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

Memastikan perlaksanaan ko-kurikulum di Sekolah Menengah Agama Negeri berjalan dengan baik

Menjadi urusetia majlis Sukan dan Ilmiah sekolah-sekolah Agama Pahang (MASISUPA)

Mengadakan kursus bimbingan dan kerjaya/motivasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Negeri

   

Unit  Pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)

 

Menyediakan kertas kerja yang berkaitan tugas unit

Bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras pembangunan Sekolah Menengah Agama Negeri

Menyediakan pelan perancangan pembangunan pendidikan Islam bagi negeri Pahang dari masa ke masa

Melaksanakan program-program / dasar-dasar jabatan dan Kerajaan Negeri

 

 

Unit  Peperiksaan

 

Penggubalan dasar peperiksaan yang dikendalikan oleh Unit Peperiksaan

Pembinaan item-item ujian bagi semua peperiksaan

Pengurusan dan pentadbiran peperiksaan

Pemerosesan serta pengeluaran keputusan peperiksaan

Penyelidikan dalam bidang pengujian

Pengendalian latihan dalam bidang pengujian, pengukuran dan pemeriksaan

 

 

Unit  Pengurusan KAFA

 

Mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Pahang / JAKIM bagi mendapatkan maklumat terkini perkembangan semasa Peringkat Kebangsaan

Mengurus, menyelia dan memantau perkhidmatan guru KAFA seluruh negeri

Mengawasi semua aspek perjawatan, pengurusan dan pentadbiran di sekolah

Merancang dan mengurus pengambilan penyeliaan dan guru-guru KAFA.

  

Unit  Pengurusan Sekolah Rakyat

 

Menjadi pendaftar sekolah-sekolah Agama Rakyat dan swasta

Menyelia dan membimbing Sekolah-Sekolah Menengah Agama Rakyat dari segi pengurusan dan pentadbiran

Merancang, melaksana dan menyebar projek-projek teknologi pendidikan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Merancang dan membantu dalam menyediakan bajet pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan yang berkaitan dengannya

Menjadi pendaftar sekolah-sekolah Agama Rakyat dan swasta

Menyelia dan membimbing Sekolah-Sekolah Menengah Agama Rakyat dari segi pengurusan dan pentadbiran

Merancang, melaksana dan menyebar projek-projek teknologi pendidikan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Merancang dan membantu dalam menyediakan bajet pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan yang berkaitan dengannya

Merancang dan membantu dalam menyediakan bajet pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan yang berkaitan dengannya

Melaksanakan progran-program / dasar-dasar jabatan dan kerajaan

Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran