Font Size

Profile

Cpanel
A- A A+
You are here: Utama Profil Jabatan Bahagian di JAIP Pendidikan Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan JAIP Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu dan penghayatan berunsur al-ulum, al-funun dan al-tarbiah bagi menjadikan insan yang dididik itu dapat dicanai rohani, jasmani dan inteleknya melaui ta'alim, tamrin dan riadah serta membentuk hubungan yang mesra dengan mu'alimin, mu'alim, ulama' dan alam yang dapat mencapai hasanah di dunia & akhirat. Matlamat Pendidikan JAIP Untuk melahirkan insan kamil dan soleh yang berpendidikan tinggi serta seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani dalam semua bidang ilmu dan kemahiran Objektif Merancang pendidikan Islam dengan lebih sistematik Melaksanakan objektif Jabatan Agama Islam menerusi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak Islam negeri khasnya dalam bidang Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab Mewujudkan generasi muslim bertaqwa, berkebolehan, berketrampilan dan mampu menyebarkan Islam menurut Al-Quran dan Al-Sunnah Melahirkan generasi bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, masyarakat dan negara