- Memproses permohonan naik taraf surau ke masjid kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di buat dalam tempoh 3 hari selepas permohonan lengkap di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Negeri Pahang.
- Menghantar cadangan perlantikan dan pentauliahan pegawai masjid kariah kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam tempoh 2 minggu selepas temuduga dilaksanakan oleh Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
- Memproses urusan penamatan / pemberhentian pegawai masjid kariah dan bayaran imbuhan bulanan diproses untuk tindakan selanjutnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam tempoh 3 hari selepas maklumat lengkap di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
- Memproses dan memastikan pelantikan baru Jawatankuasa Masjid dibuat dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh pelantikan lama.
- Memproses urusan penamatan / pemberhentian Jawatankuasa Masjid untuk tindakan selanjutnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam tempoh 3 hari selepas maklumat lengkap dan calon ganti di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
- Memproses permohonan pembayaran imbuhan bulanan imam masjid kariah dalam tempoh 2 hari selepas menerima kelulusan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dihantar untuk tujuan pembayaran sebelum 10 haribulan bulan berkenaan.
- Memproses permohonan pembayaran elaun imam berwibawa dalam tempoh 1 bulan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pembayaran Elaun Imam Wibawa dan dihantar untuk tujuan pembayaran setiap 6 bulan sekali.