Gambang, 25 September 2020 - SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan (SMATAF) terus mengekalkan prestasi sebagai sekolah cemerlang apabila mengungguli 9 anugerah kecemerlangan yang diumumkan dalam Majlis Anugerah kecemerlangan Pendidikan SMAN kali ke-19 tahun 2020. Majlis anugerah kecemerlangan pendidikan kali ke-19 ini telah diadakan di Bukit Gambang Resort Kuantan pada 25 September 2020. SMATAF muncul sebagai sekolah paling berjaya apabila dinobatkan sebagai  Sekolah Cemerlang SMA 2019, Sekolah Cemerlang SPM 2019, Sekolah Cemerlang Kokurikulum, Sekolah Cemerlang Bahasa Arab SMA, Sekolah Cemerlang Bahasa Arab SPM, Johan Keceriaan Bilik Guru, Johan Keceriaan Bilik Asrama, Johan Keceriaan Kamar Selesa Sekolah dan Johan Pertandingan 4K bagi kategori kebersihan. Secara keseluruhannya SMATAF berjaya membawa pulang hadiah kecemerlangan berjumlah RM17,000.00 beserta sijil. Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Addini Bandar Jengka pula diumumkan sebagai sekolah terbaik STAM 2019 manakala SMA Al-Falah Batu Talam Raub memenangi Anugerah Khas Kelas Tahfiz Al_Quran.

Kuantan, 18 September 2020 - Majlis Penyerahan Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) bagi Fasa Pertama Oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP. melalui wakilnya Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN.

Bentong, 12 September 2020 - Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang, dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bentong telah melaksanakan kempen dan promosi halal bagi premis makanan dan minuman di sekitar bandar Bentong. Kempen pada kali ini memberi tumpuan kepada premis makanan dan minuman yang menjadi tumpuan orang ramai di bandar berkenaan.
 

PENGUMUMAN

  

Kenyataan Tawaran Sebutharga : Sebutharga   

Layari laman web:- http://sman.pahang.edu.my
untuk maklumat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang   


SISTEM ONLINE & MEDIA BAHARU

SPSMA
Sistem ESMA
E-Masjid
Sistem Pengurusan Masjid
Our website is protected by DMC Firewall!