JAIP

BENGKEL KEMAHIRAN AUDITOR HALAL SIRI 1/2022

Kuantan- 23 Jun 2022- Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah mengadakan Bengkel Kemahiran Auditor Halal Siri 01/2022 bertempat di Hotel Mega View. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan 30 orang pegawai dan kakitangan Bahagian daripada ibu pejabat dan Pejabat Agama Islam Daerah.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkaitan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS). Ustaz Mohamad Samir bin Sulaiman dan Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Yusof dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan pemudahcara sepanjang bengkel dijalankan.
Timbalan pengarah JAIP, Dato’ Haji Zakaria bin Mohamed berkata :”Buatlah kerja dengan sebaik mungkin kerana kita jaga Bahagian Halal. Kita bantu masyarakat untuk mendapatkan sumber yang halal. Selain jadikan kerja sebagai ibadah, kita perlu sentiasa menjaga Hubungan dengan Allah supaya kerja yang dilakukan mendapat keberkatanNYA”. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan bengkel tersebut.
 
Turut hadir ke program tersebut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAIP, Tuan Haji Adnan bin Mamat.