JAIP

JAIP DAN ANIH BERHAD PERKUKUH HUBUNGAN

20 Jun 2022 -Temerloh-Jabatan Agama Islam Pahang bersama ANIH Berhad telah mengadakan perbincangan dua hala bertujuan untuk memastikan kelancaran bagi menjadikan semua premis makanan dan minuman di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) mempunyai pensijilan Halal Malaysia.

Meskipun begitu, hubungan ini telah sedia terjalin sejak dari tahun 2007. Ekoran daripada pendemik Covid-19, kebanyakan premis sukar untuk memperbaharui sijil tersebut.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal,JAIP Tuan Haji Adnan bin Mamat berkata :”Kami berbangga pihak ANIH sangat mengambil berat dan prihatin berkaitan Sijil Halal. ANIH merupakan antara rakan strategik yang sangat baik. Kami sentiasa berlapang dada untuk membantu namun sangat memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak pemohon.” Beliau berkata demikian dalam pertemuan JAIP dan ANIH Berhad pada hari ini.

Turut hadir ke program tersebut, Puan Zaimawar binti Mohd Sah, Eksekutif Kanan Fasiliti pengurusan, pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal JAIP, Pengerusi dan wakil pengerusi dari R&R Gambang Timur dan Barat, Temerloh Timur dan Barat dan Genting Sempah. Pelbagai masalah dan jalan penyelesaian dapat dirungkai melalui pertemuan ini.