Tanah Rata Cameron Highlands- 15 Jun 2023- Bengkel Peningkatan Kualiti Penyediaan kertas siasatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 berakhir dengan Ucapan perasmian penutupan yang disampaikan oleh Yang Hormat Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
“Semoga ilmu yang disampaikan sepanjang program tersemat dan menjadi panduan bila pulang nanti.” kata YH. Dato’ mengakhiri ucapan beliau dalam majlis tersebut.
Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini menampilkan penceramah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Halal JAIP dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Turut menyertai bengkel tersebut, Tuan Haji Adnan bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAIP dan Puan Nazihan binti Idris, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAIS.