Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan dari segi pentadbiran am, pengurusan aset, kewangan, perolehan, pengurusan kenderaan dan prasarana jabatan yang berkesan bagi memastikan fungsi Jabatan dapat dicapai dengan jayanya.
Unit Pentadbiran Am dan Perkhidmatan
- Merancang perjawatan dan guna tenaga
- Mengendalikan urusan mengenai perkhidmatan kakitangan jabatan
- Mengendalikan urusan kursus dalam perkhidmatan, peperiksaan perkhidmatan dan latihan
- Menjadi urusetia kepada Lembaga Tatatertib dan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam di peringkat jabatan.
- Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran am jabatan
Unit Kewangan
- Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi jabatan
- Menguruskan peruntukan dan pengurusan pungutan
- Pembayaran gaji dan elaun
- Menguruskan bil-bil tuntutan