JAIP

KURSUS KOMPETENSI TERAKHIR  PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENGURUSAN HALAL JAIP BAGI TAHUN 2022

Temerloh- 30 November 2022- JAIP melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Kursus Wajib Tenaga Pengajar Halal kepada Kakitangan di peringkat ibu pejabat dan daerah yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh.

              Timbalan Pengarah JAIP, YH. Dato’ Haji Zakaria bin Haji Mohamed berkata: “Jangan toleh ke belakang, terus pandang ke hadapan untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi Bahagian yang diamanahkan kepada kita.

              “Niatkan kerja kerana Alllah semata-mata, bukan kerana manusia. Orang luar sentiasa menilai tingkah laku kita, oleh itu, sentiasalah menjaga nama JAIP dengan menunjukkan akhlak yang terpuji.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Wajib Tenaga Pengajar Halal yang telah diadakan selama dua hari di sini.

              Kursus tersebut telah dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar  yang berpengalaman luas dalam bidang pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu En. Mohamad Samir bin Sulaiman dan En. Mohd Safzan bin Mohd Mokhtar.