Temerloh, 25 Mei 2023 / 5 Zulkaedah 1444 – Kursus yang berjalan bermula 24 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh melibatkan 24 orang guru penutur jati bahasa arab SMAN.
Ia dilangsungkan selama 3 hari, Bahagian Pendidikan JAIP mengadakan kursus ini bagi memantapkan teknik dan kemahiran menyampaikan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) serta dapat diadaptasi dan disesuaikan dalam kalangan pelajar-pelajar.
Kursus ini, telah diketuai oleh Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi, Dr.Normazidah binti Mahmood (Ketua Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab) bersama 7 orang pensyarah yang lain dari IPG yang sama.