Bentong, 15 MAC 2023 / 22 SYAABAN 1444 – Kursus selama 3 hari bermula 13 Mac di Cherengin Hills Convention & SPA Resort Bentong melibatkan wakil Bahagian, Pejabat Agama Islam Daerah dan Sekolah Menengah Agama Negeri yang dipilih dan terlibat dengan kerja-kerja media.
Peserta dibimbing oleh Encik Mohd Faiz bin Abdul Majid, Pegawai Teknologi Maklumat JAIP. Antara pengisian program ialah pengenalan dan praktikal software OBS, Live Feed MCP, Virtual Video dan Setup Live Streaming. Kursus dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin MD Zain, Timbalan Pengarah JAIP.

YH Dato’ berkesempatan melihat tayangan persembahan video para peserta dan memilih pemenang untuk persembahan video yang terbaik. Peserta terbaik kursus dianugerahkan kepada Encik Mohd Izzat bin Mohd Yusof dari Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong.
Sebelum pulang, para peserta kursus yang diurussetiakan oleh Bahagian Dakwah dan Unit IT JAIP bergambar kenangan bersama YH Dato’ Timbalan Pengarah JAIP.