MESIR – 16 Disember 2022 – Program Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) adalah anjuran Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dan Pejabat Atase Pendidikan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Unit Pembangunan Keluarga,Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Kursus ini disediakan khusus buat mahasiswa mahasiswi Pahang di Mesir bagi memberikan pendedahan awal kehidupan berkeluarga dalam sebuah perkahwinan. Kursus yang melibatkan 210 orang peserta ini telah berlansung pada 16 Disember 2022 bertempat di Surau Wisma Dar Al-Makmur, Mesir.

Penceramah Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) yang telah dijalankan ini dalah Sahibul Fadhilah, Dato’ Haji Abdul Zaki Bin Md Zin, Timbalan Mufti Negeri Pahang, Al Fadhil Tuan Amirul Farhan Bin Wahi, Qadhi Daerah Maran dan Al Fadhil Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Ahmad Bustami, Qadhi Daerah Kuantan Barat. Kursus ini telah dirasmikan oleh YH Dato’ Dr. Hj. Zulkifle bin Hj. Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang secara atas talian di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.